KATEGORI KEAHLIAN

Ahli-ahli Pertubuhan ini terbahagi kepada enam (6) jenis keahlian, iaitu :-

AHLI KEHORMAT

Semua jawatankuasa protem secara automatis dianugerahkan sebagai Ahli Kehormat secara tetap. Ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap visi mereka, dedikasi dalam masa, usaha, dan sumbangan kewangan dalam menubuhkan Pertubuhan Pengamal Perubatan Melayu Nusantara

Ahli kehormat tidak perlu menjelaskan yuran kemasukan dan/atau yuran tahunan dan tiada hak bersuara dalam hal ehwal pertubuhandan tidak bertanggungan atas hutang pertubuhan

Ahli kehormat tidak mempunyai hak mengundi dan tidak berhak menjadi ahli jawatankuasa atau ahli seumur hidup pertubuhan sekiranya beliau bukan ahli biasa pertubuhan kecuali ahli kehormat dikalangan jawatankuasa protem

Keahliah  Ahli Kehormat dilantik terdiri dari kalangan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan Perubatan Melayu yang terkemuka atau Pengamal Perubatan Melayu yang berpengetahuan luas  atau ahli pertubuhan yang telah berjasa kepada pertubuhan.
 

Keahlian Ahli Kehormat perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan, keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan boleh, pada bila-bila masa mengubah suai keperluan dan perlantikan Ahli Kehormat.

AHLI SEUMUR HIDUP

Semua jawatankuasa protem secara automatis dianugerahkan sebagai Ahli Seumur Hidup dan dikecualikan dari yuran keahlian. Ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap visi mereka, dedikasi dalam masa, usaha, dan sumbangan kewangan dalam menubuhkan Pertubuhan Pengamal Perubatan Melayu Nusantara

Status Ahli Seumur Hidup boleh mengundi dalam mesyuarat agung tahunan sekiranya berlaku pemilihan dan mereka juga boleh diundi untuk memegang jawatan tertentu dalam persatuan

Status Ahli Seumur Hidup akan dianggap tergantung dan boleh dibatalkan sekiranya tidak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tanpa alasan bagi dua (2) sesi berturut-turut. Ahli perlu menghantar surat permohonan keahlian kepada pertubuhan beserta bayaran bayaran masuk bagi mengaktifkan semula keahlian Ahli Seumur Hidup

Seorang Ahli Penuh yang menepati kriteria di bawah boleh membuat permohonan rasmi kepada Jawatankuasa pertubuhan untuk menjadi Ahli Seumur Hidup:-

  • Telah menjadi Ahli Penuh untuk tempoh sekurangnya lima (5) tahun.
  • Memberikan komitmen kepada program yang dianjurkan oleh pertubuhan disemua peringkat sekjurang-kurangnya tiga (3)  tahun
  • Membantu, menjaga, berjasa serta memelihara kehormatan dan integriti pertubuhan selama menjadi Ahli Penuh

Keahlian Ahli Seumur Hidup perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan, keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan boleh, pada bila-bila masa mengubah suai keperluan dan perlantikan Ahli Seumur Hidup.

NoYURANRINGGIT MALAYSIA
1Yuran Kemasukan100.00
2Yuran Tahunan50.00

AHLI PENUH

Keahlian Penuh pertubuhan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia beragama Islam, berumur 18 tahun dan keatas dan bermastautin di Malaysia.

Ahli Penuh mempunyai hak mengundi dan menjadi ahli jawatankuasa atau ahli seumur hidup pertubuhan.

Seorang pemohon yang menepati kriteria di bawah boleh membuat permohonan rasmi kepada Jawatankuasa pertubuhan untuk menjadi Ahli Penuh:-

  • Seorang Pengamal Perubatan Tradisional Melayu berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (Borang F : Perakuan Pengamal Berdaftar) ATAU
  • Seorang yang mempunyai kelayakan akademik tertiari dalam sains penjagaan kesihatan dan/atau kepakaran berkaitan perubatan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa

Permohonan Keahlian Ahli Penuh hanya boleh di mohon oleh Individu yang telah menjadi  Ahli Bersekutu untuk tempoh sekurang-kurang satu (1) tahun

Permohonan Keahlian Ahli Penuh perlu dikemukan bersama bukti kelayakan keahlian. Tanpa bukti kelayakan, pemohon akan dianggap memohon sebaga Ahli Bersekutu atau Ahli Gabungan

Permohonan Keahlian Ahli Penuh perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan, keputusan Jawatankuasa adalah muktamad dan boleh, pada bila-bila masa mengubah suai keperluan dan perlantikan Ahli Penuh.

NoYURANRINGGIT MALAYSIA
1Yuran Kemasukan100.00
2Yuran Tahunan50.00

AHLI BERSEKUTU

Keahlian Ahli Bersekutu pertubuhan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia beragama Islam, berumur 18 tahun dan keatas dan bermastautin di Malaysia.

Mengamalkan salah satu modaliti Perubatan Tradisional Melayu dan masih belum berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ahli Bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dan tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa atau ahli seumur hidup pertubuhan.

Pemohon yang mempunyai minat dalam Perubatan Tradisionak Melayu tetapi tidak mempunyai kelayakan dalam modaliti Perubatan Tradisional Melayu juga boleh memohon.J

Permohonan Keahlian Bersekutu perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan, keputusan Jawatankuasa adalah muktamad dan boleh, pada bila-bila masa mengubah suai keperluan dan perlantikan Ahli Gabungan.

NoYURANRINGGIT MALAYSIA
1Yuran Kemasukan100.00
2Yuran Tahunan50.00

AHLI GABUNGAN

Keahlian Gabungan pertubuhan adalah terbuka kepada individu   berumur 18 tahun dan keatas, samada Warganegara atau bukan Warganegara Malaysia

Ahli Gabungan tidak mempunyai hak mengundi dan tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa atau ahli seumur hidup pertubuhan.

Kriteria pemohon adalah sperti berikut:-

  • Seorang Pengamal Perubatan Tradisional Melayu / Perubatan Tradisional dan Komplementari ATAU
  • Seorang Pengamal Perubatan Allopathic (doktor perubatan yang berdaftar dengan majlis perubatan di negara tempat tinggal mereka)  ATAU
  • Seorang yang mempunyai kelayakan akademik tertiari dalam sains penjagaan kesihatan dan/atau kepakaran berkaitan perubatan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa

Pemohon yang mempunyai minat dalam Perubatan Tradisional Melayu tetapi tidak mempunyai kelayakan dalam modaliti Perubatan Tradisional Melayu juga boleh memohon..

Permohonan Keahlian Gabungan perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan, keputusan Jawatankuasa adalah muktamad dan boleh, pada bila-bila masa mengubah suai keperluan dan perlantikan Ahli Gabungan.

NoYURANRINGGIT MALAYSIA
1Yuran Kemasukan100.00
2Yuran Tahunan50.00

AHLI KORPORAT

Klinik atau Pusat Rawatan Kesejahteraan atau Wellness SPA, Hospital atau Klinik Swasta, dan Syarikat yang berurusan dalam perubatan tradisional dan komplementari yang beroperasi di Malaysia layak mendaftar.
 
Setiap Ahli Korporat hendaklah diwakili oleh Seorang Wakil yang merupakan Pemilik atau Pekerja bagi syarikat tersebut.
 
Ahli Korporat tidak mempunyai hak mengundi dan tidak berhak menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan.
 
Permohonan Keahlian Korporat perlu dibuat dengan menghantar surat rasmi kepada Pengerusi PEMERA untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Pertubuhan, keputusan jawatankuasa adalah muktamad dan boleh, pada bila-bila masa mengubah suai keperluan dan perlantikan Ahli kehormat.

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  • Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dalam tempoh dua minggu kepada Setiausaha atau wakilnya dan menjelaskan segala hutangnya terlebih dahulu
  • Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan atau menyalahi etika pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
  • Status Ahli Seumur Hidup akan dianggap tergantung dan boleh dibatalkan sekiranya tidak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan tanpa alasan bagi dua (2) sesi berturut-turut. Ahli perlu menghantar surat permohonan keahlian kepada pertubuhan beserta bayaran bayaran masuk bagi mengaktifkan semula keahlian Ahli Seumur Hidup
 
  • Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian
    1. ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.
    2. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
    3. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat penuh jawatankuasa menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.