TERMA DAN SYARAT KEAHLIAN PEMERA

Sila baca terma dan syarat dengan teliti.
Dengan menggunakan kemudahan ini, anda bersetuju mematuhi terma dan syarat berikut.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, sila hentikan penggunaan perkhidmatan ini.

DEFINISI

  • PEMERA adalah singkata dari Pertubuhan Pengamal Perubatan melayu Nusantara
  • Pengguna adalah satu istilah  yang digunakan untuk menerangkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perkhidmatan ini.
  • E-Banking PEMERA adalah kemudahan yang membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian kepada PEMERA dari lokasi yang dikendaki menggunakan sambungan internet.
  • Transaksi adalah dirujuk sebagai proses pembayaran dan pembelian.

PENAFIAN

  • PEMERA menyediakan platform pembayaran atas talian ini sebagai satu kaedah alternatif pembayaran keahlian, pemberian, sumbangan dan lain-lain kepada PEMERA.
  • PEMERA tidak menguruskan transaksi pembayaran sebaliknya ianya ianya diuruskan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
    PEMERA berhak membatalkan pendaftaran Keahlian PEMERA dan tiada pemulangan yuran Keahlian PEMERA yang akan dikembalikan.
  • PEMERA tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian, kos tambahan atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kemudahan ini.
  • PEMERA berhak menukar syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  • Kaedah pembayaran ini adalah untuk pembayaran kepada PEMERA sahaja.

AM

  • Pendaftaran Keahlian PEMERA dibuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas mengikut kategori keahlian yang ditetapkam
  • Pengguna perlu menghantar Borang keahlian PEMERA berserta dokumen sokongan (Sila rujuk : Kategori Keahlian)
  • Bagi menggunakan perkhidmatan pembayaran atas talian, anda disarankan untuk mendaftar sebagai Keahlian PEMERA terlebih dahulu untuk memudahkan rujukan oleh pihak pentadbiran PEMERA.
  • Pembayaran melalui transaksi atas talian yang dibuat kepada Osipay di laman web PEMERA akan disalurkan semula kepada PEMERA.
  • Pembayaran melalui transaksi E-Banking yang dibuat kepada Osipay dari laman web PEMERA akan disalurkan semula kepada PEMERA.
  • Tiada sebarang pemulangan bayaran bagi transaksi yang telah disahkan kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
  • Yuran bagi setiap transaksi akan dikenakan oleh pihak penyedia perkhidmatan pembayaran bagi setiap transaksi yang berjaya.
  • PEMERA berhak membatalkan permohonan pengguna sekiranya terdapat mana-mana maklumat dan keterangan yang diberikan adalah tidak lengkap dan tidak benar.
  • Kelulusan keahlian dan no ahli akan dikeluarkan selepas bayaran diterima

RESIT

Dalam usaha untuk memastikan semua transaksi direkodkan, anda perlu mencetak dan menyimpan bukti pembayaran yang berjaya pada akhir proses pembayaran serta menghantar bukti tersebut ke [email protected] untuk tujuan pengesahan dan juga rujukan pada masa akan datang.

GERBANG PEMBAYARAN

  • Maklumat transaksi pembayaran atas talian tidak direkodkan dan diuruskan oleh PEMERA sebaliknya oleh penyedia pekhidmatan iaitu Osipay
  • Maklumat kad kredit & perbankan disimpan untuk tujuan transaksi sahaja.
  • Tiada rekod kekal apa-apa maklumat peribadi disimpan apabila anda menggunakan kemudahan pembayaran atas talian.
  • Jika anda menggunakan sistem keselamatan “Firewall / Pop Up Blocker” yang tinggi, anda mungkin mengalami kesukaran menggunakan kemudahan ini.

LAIN-LAIN

  • Dengan mendaftar bersama PEMERA, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda selaras dengan dasar Pertubuhan Pengamal Perubatan Melayu Nusantara serta perlembagaan & undang-undang negara.
  • Polisi yang telah dibangunkan mungkin berubah dengan mengambil kira perubahan teknologi, sebarang perubahan akan dimaklumkan dihalaman ini.
  • Jika didapati ahli yang melanggar terma & syarat atau mana-mana prinsip PEMERA, PEMERAberhak membatalkan pendaftaran keahlian tersebut.