PERTUBUHAN PENGAMAL PERUBATAN MELAYU NUSANTARA atau dengan nama singkatan PEMERA adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-021-05-23052022
Ia ditubuhkan pada Mei 2022 diatas inisiatif sekumpulan pengamal Perubatan Melayu yang mahu memartabatkan perubatan Melayu.
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah NO 30 JALAN DAHLIA 6/2, LAMAN DAHLIA, NILAI IMPIAN, 71800 NILAI, NSDK
KETERANGAN LOGO :-
Asas logo adalah dua (2) segi empat yang bertindih
Segi empat bermaksud empat (4) unsur dalam diri manusia yang juga digunakan sebagai asas perubatan melayu
Dua (2) segi empat bertindih menjukkan sifat ‘berpasangan’ sesusai dengan penciptaan makhluk yang berpasang-pasang (36:36)
Dua (2) segi empat bertindih menjadi ‘astakona’ iaitu salah satu ilmu kemahiran bangsa Melayu dahulu ‘ilmu Tapak Lapan Astakona’
Tulisan jawi merupakan warisan peradaban dan melambangkan jati diri orang Melayu beragama Islam, berdasarkan Artikel 160 (2), Perlembagaan Persekutuan 1957, orang Melayu itu mestilah beragama Islam,
Warna kuning bermaksud ketegasan dan berprinsip dan selain itu melambangkan sinaran rahmat ke seluruh alam
Maksud Teks, Ar Rahmah adalah kebergantungan dan pengharapan kepada Allah bagi RahmatNya untuk diri dan seluruh alam